Saturday, March 19, 2011

IKtibar TSUnami JEpun

wahai warga Malaysia..!!
11 Mac 2011 lalu, seluruh penduduk dunia gempar. Jepun dilanda gempa kuat, berkekuatan 8.9 pada skala Richter.Gegaran dikesan pada kedalaman 10 kilometer dan 125 kilometer di timur Jepun atau kira-kira 380 kilometer ke timur laut Tokyo. Bandar Onahama di utara Jepun kemudian turut dibadai ombak tsunami setinggi enam meter.







Selepas itu diikuti dengan letupan reaktor pertama di nuclear power plant pertama di fukushima pada hari sabtu (jepun ade 2 nuclear power plant, di mane setiap power plant ade 6 unit reaktor) dan pada hari ini, baru sahaja tadi jam 11 jepun, reaktor ketiga pada nuclear power plant yang sama telah meletup. di kedua-dua letupan, radioaktif tersebar ke udara dan ianya merisaukan semua orang di sini walaupun kadar radioaktif yang tersebar tidak membunuh. sehingga kini, dalam 160 orang dianggarkan telah terkena kesan radioaktif tersebut.






dan yang paling mengejutkan aku ialah jepun adalah sebuah negara yang sangat moden dan canggih serta teknologi yang sarat ley kne tsunami. siapa sangka negara maju yang memiliki pelbagai jenis teknologi tidak mampu menandigi kuasa Allah. walaupon jepun sebagai salah satu negara yang mengamalkan sunnah nabi dulu, tapi yang  paling penting dan paling jelas ialah agama amat penting dalam sesebuah negara yang maju atau pon mundur, 


ada member bertanye


 member aku : nper yang ko nk cibuk2 psal negara org lain..??
 aku               : cecuba law bnda nih jadi at kita, n org len x pk hal negara kita..??


aku tnya dia blik...
so, senyap trus,,


amat malang betullah spe yg pk cm uh..

lagi satu,
Tiada kenyataan rasmi Perdana Menteri kedengaran, laporan ala kadar terhadap bencana luar biasa ini terus dihalakan pada soal ekonomi. Bukan ekonomi Jepun, tetapi kepentingan negara kita, rakan niaga setia negara matahari terbit itu dari dahulu lagi. Itulah bukti keperihatinan kita. Agungkan?
Dan paling mengharukan masih ada golongan yang belum nampak tanda-tanda atau amaran Allah ini, malah menyifatkan gempa bumi dan tsunami yang melanda timur laut Jepun kepada pembangunan pesat dan perubahan iklim dunia. Apa seyh~~?
Bukalah mata wahai seluruh rakyat Malaysia. Tragedi hari jumaat lepas bukanlah tregedi luar sangkaan tetapi itu adalah perkara yang telah Allah aturkan. Di mana kita perlu melihat bahawa kejadian ini dipenuhi dengan pelbagai peringatan. Awas kita sebagai umat Islam atas peringatan Allah yang berbunyi :
"Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah (jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi." (Al-A'raaf 98-99)




ambillah iktibar dari apa yang berlaku..

 Percayalah tiada perkara yang amat penting baik kepada pemimpin golongan atasan atau hamba golongan bawah selain takwa kepada-Nya. Jangan khuatir kita mundur dari kemodenan, jangan gusar dengan kejatuhan ekonomi, jangan khuatir dengan prestasi negara yang merudum.
Hal ini kerana dengan mengambil Islam secara keseluruhannya, sesebuah negara pasti akan gemilang. Ambillah contoh bagaimana Nabi memberi contoh dalam mentadbir sesebuah negara dan bagaimana cemerlangnya sebuah tamadun khulafa Ar-Rasyidin satu masa dahulu. Mereka telah menunjukkan sample  terbaik buat kita semua supaya bisa belajar dan mengambil iktibar daripadanya.
insyaAllah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...