Thursday, April 28, 2011

siApA yAng cAntIk???

Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?

Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik.

Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?

Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.

Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.

Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.

Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.

Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.

Kalau di barat sekarang, [I]the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.

Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.

Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.

Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!

Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.

Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.

Tapi kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm)

Perlukah jadi cantik?

Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.

Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana.

Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.

Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.

Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.

Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.

[B]Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik[/B], bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.

Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery, Botox, liposuction, gastric bypass  sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.

Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.

Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.

Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.

Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.

Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.

Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.

Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu  pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta.

Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.

Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.

Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.

Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah. dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.

Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.

Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.

Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.

Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.

nAma ...?

Pemilihan huruf pertama pada nama adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.


A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai. Bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri...


P/s: Apa yg sama tu mgkin kebetulan. Yg penting apa yg baik tu kita amik, yg buruk tue kita elakkan. Jgn percaya 100% ye, he3...


11 PERKARA PEREMPUAN PERLU TAHU..!!



1.       Jangan buat lelaki patah semangat terhadap pekerjaannya. Sebaliknya cubalah membantu.

2. Janganlah hendak diperbesarkan jika pendapatan korang melebihnya. Boleh menyinggung perasaan dia beb!

3.Jangan membandingkan dia dulu dengan sekarang.

4. Benci ibunya. Korang pikiaq la sendiri!!

5. Jika ilmu korang lebih darinya, janganlah cuba mengajarnya melainkan dia ingin belajar dari korang. Ni yang korang paling suka buatkan.

6. Jangan cerita tentang keburukan kawan baik lelaki itu. Kawan penting bagi lelaki.

7. Jangan cerita tentang ada lelaki lain menyukai korang atau ingin mengenali korang. Sesungguhnya lelaki benci perkara ni!!!

8. Kadang-kadang cerita tentang kawan lelaki korang membuat dia cemburu dan kurang senang. So kurang-kurangkanlah yer.

9. Perkataan cerai atau putus. Memang satu perkataan yang lelaki tak boleh dengar. Eloklah korang hindarkan.

10. Jangan cerita tentang keburukan pasangan korang. Lelaki juga sensitif. Jika perangai atau kelakuannya, bincanglah secara lembut jika mahu hubungan berpanjangan.

11. Sebut tentang bekas teman lelaki. Ini pedih bagi lelaki dan memang aku terus mintak purus dengan perempuan macam ni. Percayalah!!!

Bukan mudah untuk membina hubungan yang terus bahagia. Kadang-kadang pertanyaan dan jawapan membawa padah kepada si pasangan. Jadi, hati-hatilah soal apa yang harus dan tidak harus diceritakan kepada pasangan korang. Aku ada sebuah madah yang ingin dikongsikan dengan korang semua :

” Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.”




So, lu piker lah sendiri,, assalamualaikum...

hAti VS aKaL





Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..
Akal : Assalamualaikum, sahabat.
Hati : Waalaikumussalam...
Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...
Akal bertanya sekali lagi.
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati : Kurang sihat mungkin.
Akal : Mengapa?   
Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...
Akal : Dia yang mana, sahabatku?
Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..
Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.
Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.
Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.
Akal : Apa makna cinta?       
Hati : Kasih dan sayang.
Akal : Bagiku cinta itu gila.
Hati : Mengapa pula?
Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.
Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.
Hati terdiam lagi...
Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?
Hati diam dan tertunduk...







Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!
Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...
Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!
Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...

Tuesday, April 26, 2011

knape ramai yang benci ari isnin..???



SELALU KITA BACA  DALAM AKHBAR ATAUPUN AT KACA TV UMAH, RAMAI ORANG ATAU BAHASA SPESIFIK NYE MANUSIA YANG BENCI + NYAMPAH TAHAP XTAW LAH AKU NAK KATA NGAN HARI ISNIN...  SEJAK BILA MULANYA, KITA TAKKAN DAPAT  TAHU DENGAN TEPAT TAPI KALAU KORANG  TANYA APA SEBABNYA. CUBA TENGOK ANTARA ALASAN-ALASAN PALING KERAP YANG AKU DAH SENARAI PENDEK AN AT BAWAH NIH  :.........


1.      Terpakse mencelikkan biji mata dengan rela paksa pada awal pagi. Law x celik t x psal-psal lak ada kes lecturer  atau bos yang datang umah untuk mencelikkan biji mata anda.



2.      Terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas dan kesesakan jejantas sampaikan korang rasa nk tukar kete or moto yg korang naik uh jadi helicopter dengan secara tetibe.

3.      Terpakse menukarkan diri korang menjadi zombie  dan melakukan  segala macam kerja yang tak sudah –sudah ngan assignment yang melambak.



4.      Terpaksa mendengar syarahan dalam nada soprano oleh majikan or en/cik pensyarah  korang yang sentiasa tak puas hati ngan kerje korang.

5.      Terpaksa menunggu lima hari lagi untuk sampai ke hujung minggu dan tidur tanpa gangguan langsung means tidur mati la uh...


      korang rase korang tergolong sekli ker x..???

Monday, April 25, 2011

hO h0 Holiday~~

holiday yang bez yg pernah aku rse an..:)


yg tudung cokolat uh membe aku, miza..
tudung itam yg comey uh aku ler.
hehehe

cuti di Terengganu..
memang bez.
aku g cuti at umah member aku at Dungun, Ganu. umah dia  nih dkat gn UITM Terengganu nih. memang rse btol2 cuti lah. dah lah umah dia dkat giler gn pantai. law ley aku nk tiap2 ari aku kn amek angin at pantai. perkampungan nelayan lah lbih kurang.

1st time aku sampai at cni aku igt umah dia cm bandar lah. tapi yg pling mengejutkan umah dia cam btol2 kampung..
memang bez sgt, sbb aku x pernah g kampung cm uh, teruja x yah cakap lah. memang aku rase sumer benda aku nk try at sana. x terkata sonok nyer berada d umah dia. ikan2 yg segar tangkap  terus dr laut dan wat bakar, 
bese nye law ikan bakar yg aku makan at cni da cm x bper sdap. ni x, at umah dia nih, aku makan ikan goreng pon mak aihh.. sedap giler,, aku dh rse cm makan KFC taw x..
coz ikan at cni sumer segar2. dan paling bez pengalaman aku at cni..
family dia tersangatlah open n the best..
parents dia, akk2 n adik2 dia pon ok.. 
family sedara n sepupu sumer dkat2 jer gn umah dia, n memang bek.
aku pon dah mule blaja ckap terengganu, walaopon mmg pelik bunyi nyer bila aku ckap. tapi mmg bez.
paling bez aku ada makan siput yg aku sniry pon x igt nme nyer. mmg sdap pon siput. ia cm siput sedut tp versi dlm laut punyer. 

ni lah ceciput uh..

dok at pantai mmg tenang an otak aku yg serabut nih..
hahaha




kitorg yg giler2..
hahaha

tenangnyer~~
st cni pon bez gak tuk g shopping
yg kaki shopping uh ok r
tp aku ..
err... aku mlaz nk g shopping
hahaha
jd tukang teman ley lah kot.. n bli yg perlu jer
huhuhu
bosan kan jdik pompan cm aku yg x ske g shopping nih..
hahaha

pape pon trimas tu my h0usemate,my kosmate, my friend 
and u make me happy ok..
luv u much damn..!!
and its u   :: AMIZA WAHAB :: 
tenkiu so much..
u know im sad..
thats y u make me happy rite my luvly friend..!!



THANK YOU..!!!








LUV MALAYSIA..!!!


Sunday, April 17, 2011


Is someone that everyone needs
A friend
Is that special one
A friend
Is someone you tell EVERYTHING
A friend
Is someone you never lie to
A friend
Can be a boy or a girl
A friend
Is someone that is always their
A friend
Will always listen to you
A friend
Always has input to give
A friend
Will never leave you in the dust
A friend
Will help you through the thick and the thin
A friend
Will always stand by your side
A friend
Will never let you down
A friend
Is someone everyone needs
What would you do if you didnt have a friend?
ily friends :)

kawan selamanya...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...