Thursday, April 28, 2011

11 PERKARA PEREMPUAN PERLU TAHU..!!



1.       Jangan buat lelaki patah semangat terhadap pekerjaannya. Sebaliknya cubalah membantu.

2. Janganlah hendak diperbesarkan jika pendapatan korang melebihnya. Boleh menyinggung perasaan dia beb!

3.Jangan membandingkan dia dulu dengan sekarang.

4. Benci ibunya. Korang pikiaq la sendiri!!

5. Jika ilmu korang lebih darinya, janganlah cuba mengajarnya melainkan dia ingin belajar dari korang. Ni yang korang paling suka buatkan.

6. Jangan cerita tentang keburukan kawan baik lelaki itu. Kawan penting bagi lelaki.

7. Jangan cerita tentang ada lelaki lain menyukai korang atau ingin mengenali korang. Sesungguhnya lelaki benci perkara ni!!!

8. Kadang-kadang cerita tentang kawan lelaki korang membuat dia cemburu dan kurang senang. So kurang-kurangkanlah yer.

9. Perkataan cerai atau putus. Memang satu perkataan yang lelaki tak boleh dengar. Eloklah korang hindarkan.

10. Jangan cerita tentang keburukan pasangan korang. Lelaki juga sensitif. Jika perangai atau kelakuannya, bincanglah secara lembut jika mahu hubungan berpanjangan.

11. Sebut tentang bekas teman lelaki. Ini pedih bagi lelaki dan memang aku terus mintak purus dengan perempuan macam ni. Percayalah!!!

Bukan mudah untuk membina hubungan yang terus bahagia. Kadang-kadang pertanyaan dan jawapan membawa padah kepada si pasangan. Jadi, hati-hatilah soal apa yang harus dan tidak harus diceritakan kepada pasangan korang. Aku ada sebuah madah yang ingin dikongsikan dengan korang semua :

” Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.”




So, lu piker lah sendiri,, assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...