Thursday, May 5, 2011

cinta

Cinta adalah isu  yang berkurun lamanya, perasaan ini wujud selama kewujudan Nabi Adam a.s. Melihat sepasang burung yang bercinta, tumbuhlah perasaan itu di dalam hati baginda, maka Allah s.w.t menciptakan Siti Hawa a.s untuk melengkapkan perasaan tersebut.

Malangnya cinta kepada makanan(buah khuldi) dalam taman larangan yang menjadi lambang nafsu kehidupan duniawi menyebabkan baginda dicampakkan ke dunia. 

Dan cinta juga yang menaikkan semangat Nabi Adam a.s untuk menyeberangi Titian Adam dari puncak pergunungan sri Lanka ke benua kecil India. Lantas baginda mengharungi hutan belantara, melangkahi banjaran gunung-ganang, menapak padang pasir dan merentas benua.

Kesusahan ini melambangkan korban percintaan semata-mata untuk bertemu kekasihnya Siti Hawa di padang Arafah.
Sedangkan Siti Hawa cuma berkorban kesusahan dari Jeddah( dimana Siti Hawa diturunkan dari syurga) ke Padang Arafah. Padang Arafah merupakan simbol penyatuan umat seluruh dunia. Di situ jugalah Rasulullah menyampaikan Khutbatul Wida' (Khutbah Terakhir) sebelum wafat.

Cinta bertemu di Padang Arafah. Kecintaan kepada Allah berhimpun di Padang Arafah. Dan Rasulullah s.a.w menyimpulkan kecintaan baginda kepada umatnya juga di Padang Arafah.

Begitu sucinya cinta, justeru kenapa dicabuli oleh umat akhir zaman dengan perlakuan murahan . Cinta akhir zaman bercampur baur dengan nafsu kehaiwanan. Namun cinta suci tetap wujud. Selagi bulan dan matahari bersinar cahaya, pertembungan sifat malaikat dan syaitan ini akan bertarung di medan dunia syahadah. 

Orang yang berjaya mengawal nafsunya akan dikalungkan dgn mahkota cinta suci. Tetapi orang yang tewas hanya mendapat cinta murahan dan nikmat sementara yang tetap akan dipersoal Allah s.w.t di akhirat kelak.

Persoalan yang timbul adalah cinta murahan vs cinta suci nan abadi. Pelakonnya manusia. Pentasnya dunia. Disebelah kanan terdapat juri para malaikat yang suci. Disebelah kiri terdapat juri para syaitan yang durjana.

Sayang seribu kali sayang, anak muda generasi millenium hari ini amat mudah tertarik dengan pujuk rayu, bisikan syaitan. Syaitan datang membawa peralatan yang lengkap serba indah seperti wanita, harta, dan takhta (Surah Ali-Imran,3:14). Syaitan menggunakan media globalisasi sejagat disokong oleh konco-konconya yang bernama hiburan, dadah, kemodenan dan isme2 yang karut-marut. 

Anak remaja hari ini perlukan jati diri yang mantap dan pendirian yang kukuh. Dada meraka mesti didinding oleh iman yang utuh. mulut mereka mesti dibasahi dgn zikrullah dan ayat2 suci al-quran serta hadis nabi. Jasad mereka mesti membesar dengan makanan yang halal lagi bermutu. Anggota  pancaindera mereka mesti bergerak di atas arahan raja hati nan sejahtera. Seluruh sinaran mata, pendengaran telinga , sentuhan jari-jemari , hembusan nafas turun dan naik bertasbih kepada Allah s.w.t., tunduk dan patuh kepada perintah-Nya. Wallahuaa'lam

" Ya Allah berikanlah cinta-Mu kepadaku, jadikanlah orang yang mencintai-Mu mencintai aku, dan jadikanlah aku mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaan-Mu"

disini saya cuma nak mengajak kepada remaja2 sekalian, jom kita terjah buku yang bertajuk,' Tentang Cinta', penulisan Pahrol Mohd Juoi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...