Saturday, August 27, 2011

bersabarlah duhai hati...


Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.
Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.
Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.
Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.
Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.
Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga.
Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya.
Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.
Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.
'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '
Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?
Subhanallah. Maha suci Allah!
Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.
Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.
Kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)
Kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)
Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)
Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)
Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)
Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)
Berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)
Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.

13 tanda kita falling l0ve




Jika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut:
1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.
2. Anda akan sentiasa merindui dia.
3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.
4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.
5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.
6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.
7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.
8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.
9. Dia sentiasa di fikiran anda.
10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.
11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.
12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.
13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.

Thursday, August 25, 2011

(: ULTIMATE INTELLIGENT STUDENT :)

 Assalamualaikum..
BLURRRPPP....
maap maap maap...
kurang s0pan lak..hee~

kenyang lah.. alhamdulillah.. tadi masak spegheti n nasi..
2-2 aku serbu makan skali..
haha~
tamak t0l..

tadi.. ad member a.k.a senior aku...
datang.. n bagi gambar masa aku g kem at gunung Jerai..
(baru nk bg.. sdangkan dah lame kem uh).. 
huu~
15 hingga 18 JULAI 2011..
 lame lah gak uh an.. dkat sbulan dah..

kem nih pt0t nyer tuk bebudak tegar yg sememang sukar dibendung prangai nya..
kem nih diwakili oleh p0liteknik 1 malaysia..
semenanjung, sabah, sarawak,
n sumer lah..

pas uh.. 
poli aku hantar 10 0rang wakil..
6 laki 4 p0mpan..
senior 5 orang junior 5 orang..
n tentu2 lah aku junior..hahaha

perasaan g sana..?
konpem lah x sbr2..walaup0n aku nih mmg jnis kurang kesabaran an.. 
huhu..

mmg bez.. 
angin yg mendayu2..
aku amek wuduk un mengigil si0t..
tu bl0m cite nk mandi..
pergghhhh.... 
mmg x mndi lah kan..
(nme un kem)

dibuat berhampiran polisas..
dan di sertai juge oleh watianiah at sana..
so.. phm2 lah kan cm ner kem uh.. but mmg bez kem uh..
penat lah nak taip lgi.. 
oleh kerana aku da cube tuk upload 
pic sbyk bape juta kli tp syill ta b0le...
len kali ajer lah aku upload yer...

 huhu..
bye~



Thursday, August 11, 2011

*jambatan terpanjang di dunia*

Assalamualaikum salam 1 malaysia..

Sedang aku khusyuk buat assigement English.. tetibe tangan aku ter’click’ sesuatu yg agak menarik lah jugak an..

tentang fakta yang agak sukar nak caya.. 
tp cayalah..huhu

*jambatan terpanjang di dunia*

Dunia ini sungguh sebuah karya masterpiece dari Tuhan Yang Maha Kuasa, begitu banyak ciptaan-Nya yang benar-benar membuat kita semakin mengagumi apa yang ada di dunia ini. Dan dari sekian banyaknya cipataan Tuhan, mungkin hanya manusia lah yang sampai pada tahap pencipataan yang sempurna.

inilah hasil bertitik-titik peluh designer a.k.a arkitek zaman sebelum aku lahir..


10. Seven-mile Bridge, Panjang 10.887 M menghubungkan antara Teluk Meksiko dengan daratan di Florida Amerika Serikat.








9. San Mateo – Bridge Hayoard, Panjang 11.265 M, melintasi teluk California, San Franscisco Amerika.







8. Union Bridge, Panjang 12.900 M, menghubungkan antara pulau Prince Edward dengan dataran New Brunswick di Kanada.





 

7. Rio Bridge – Niteroi, Panjang 13.290 M, Menghubungkan kota Rio de Janeiro di Brazil dan Niteroi.






6. Penang Bridge, Panjang 13.500 M, menghubungkan antara Pulau Penang 
dan daratan Malaysia.





5. Vasco da Gama Bridge, Panjang 17.200 M, jembatan terpanjang di daratan Eropa yang melintasi sungai-sungai di kota Lisbon Purtugal





4. Chesapeake Bay Bridge, Panjang 24.140 M, melintasi teluk Chesepake di Maryland Amerika





3. King Fahd Causeway, Panjang  M, melintasi bendungan yang menghubungkan antara Saudi Arabia dan Bahrain.





2. Bridge Donghai, Panjang 32.500 M, Jembatan terpanjang di Asia dan juga jembatan terpanjang yang melintasi lautan, terletak di Shanghai China






1. Lake Pontchartrain, Panjang 38.420 M terdapat di Lousiana New Orleans, Amerika



Tuesday, August 9, 2011

bufday 'yana + aimi' =)



Assalamualaikum
 salam 1 malaysia...
Hehe.. semangat btOl d bulan pOse nih..
Aku baru ada masa nak wish
 ‘CAMAT MENYAMBUT RAMADAN’
Huhu.. byak nyer assignment aku..
sgt penat..huhu

Smlm bufday h0usemate aku ‘yana la’..
Eh x... ari nih.. huhu...
Bez... celebrate gn pkaian tdO jer sume Org.. haha
Mmg pakai mask cOklat lah kan smlm..
Ermmm... nk uplOad gmbr x ley...
cOz sume x pkai tudung smlm..
sO... bce bebelan aku je lah kan..

bufday ni d celebrate skali gn  hOusemate aku lg sOrang..
aimi..  =)
tp bufday aimi 15 OgOs..
ktrg celebrate awal sbb t msing2 bz..
 yerlah kan..
dah nk raya time uh...
(padahal ad lg 1O ary an..)
huhu...

N dis special wish 4 bOth Of u =)

:: mOga pnjang umOr murah rezeki..
:: bhagie dgn Owg tersyg..
:: jgn tesiOn2 sgt gat assgmnt...
:: May Allah bless bOth Of u..
:: lub u much damn..
:: dOnt fOrget me Ok..?
=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...