Friday, December 14, 2012

ciri - ciri sahabat !



Assalamualaikum . 
mulakan hari anda dengan ceria :D

tadikan . masa gah bosan - bosan ternampak 1 artikel nih .
tentang sahabat :)

meyh dekat cek nak share kat hangpa semua .








  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya,  dia akan menerimanya dengan baik.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan daripada kamu..dia akan menghargai kebaikan kamu.
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  • Jika engkau berdiam diri, dia akan menanyakan kesusahan kamu.
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
  • Jika engkau berkata padanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.

  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga persahabatan.
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat.
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
  • Jika engkau memerlukan pertolongan darinya, dia akan membantu kamu.










  • p/s :: so , cari sahabat biar betul - betul .

    Thursday, December 13, 2012

    susulan post TADI :)



    Assalamualaikum :)

    tadi kan aku ada post pasal artis youtube Tasha Mashahar dengan Syed Shamim kn ?
    so , ni pendapat aku lah . kalau suka . suka .
    kalau tak suka . its okey :)

    pada aku artis youtube ni bagus :)
    lagi - lagi yang lelaki . hehehe




    :: yuna





    :: Zee Avi





    :: Najwa Latiff





    :: Ainan Tasneem






    :: Syed Shamim & Tasha Mashahar





    :: Melda Ahmad


    :: Nurnazarina Mahrif




    diorang mengetengahkan bakat diorang dengan cara yang betul 
    lagi 1 , jangan lah ada yang komen kata tak suka lah ape lah . gedik lah .
    macam -macam lagi lah . aku pelik kenapa korang *eh bukan korang lah . 
    tapi yang komen teruk - teruk tuh yek :)

    kenapa boleh komen macam tu . 
    and why korang tak sokong .
    aku ni bukan nak pilih artis ke hape .
    artis bukan semua yang bagus . bukan semua yang elok .
    kita masing - masing ada otak and boleh pikir yang mana elok dan sebaliknya .

    adalah lebih baik kita sokong mana yang elok tu .
    memang lah aurat kalau suara perempuan yang lunak didengar oleh bukan muhrim .
    remember ! nobody is perfect .

    pada aku kalau nak kutuk pegi kutuk budak 5 days MC tu yang buat video .
    hahaha . jangan kutuk . kita tegur :)
    aku bukan seorang yang perfect . but aku penah rasa dikutuk .
    sakit sangat rasa nya .
    hehehee :D

    bytheway , jangan judge orang tanpa mengenali nya . okeh ?  :)



    bg artis YOUTUBE luar neagar pulak . aku suka diorang nih .


    :: Grey Chance







    :: Maddi Jane







    p/s :: tipu kalau korang cakap korang tak pernah kena kutuk kan ? :)


    Tasha Manshahar , Syed Shamim memikat


    :: ok . Tasha memang comel :)
    Lagu duet Tasha, Syed Shamim pikat lebih sejuta tontonan sejak video muzik dimuat turun di laman YouTube

    Menyertai artis generasi baru termasuk penyanyi bertudung yang menjadikan laman YouTube sebagai medium menembusi arena seni suara tempatan, Tasha Manshahar, 20, tampil dengan identiti berbeza. 

    Bersama teman akrab yang sama menuntut di Institut Perguruan Ilmu Khas Cheras, Syed Shamim Abdul Kadir, 19, mereka bergabung suara memperkenalkan dendangan ciptaan sendiri, selain menyampaikan lagu saduran popular. 


    Selepas memuat turun lagu Cuba Teka, Februari lalu diikuti hampir 10 lagu saduran artis antarabangsa dan tempatan, pendengar sudah mengenali mereka sebagai duo. Lagu mereka pantas menarik peminat hingga mencatat lebih sejuta tontonan sejak mula disiarkan.

    Menyedari gandingan itu disenangi ramai, Tasha dan Syed Shamim memilih meneruskan duet apatah lagi selepas mendapat lamaran label FMC sejak September lalu.

    “Awalnya saya sekadar suka-suka memuat turun video lagu saduran ke dalam YouTube. Tak sangka kecenderungan ini menarik perhatian ramai. Macam lagu Mr Saxobeat nyanyian asal Alexander Stan, ia ditonton lebih 1.3 juta kali. Apabila bertemu kawan ‘sekepala’ yang memiliki minat sama, kami memilih tampil berdua. 

    “Sebelum bersama FMC lagi, saya dan Shamim termasuk beberapa rakan lain di bawah kumpulan Clora Studio rancak mengadakan persembahan tidak kira gig, kolej atau majlis perkahwinan. 
    “Kata orang, selain mencari duit poket, ia mengajar kami lebih menghargai sesuatu. Teman juga banyak membantu termasuk merakamkan lagu dan muat turun video. Hasil persembahan kami berdikit membeli peralatan muzik seperti gitar elektrik dan mikrofon,” katanya.

    Diusik sama ada hubungan dengan teman duet membabitkan hati dan perasaan, gadis kelahiran Sandakan, Sabah yang juga penuntut tahun pertama Sarjana Muda Perguruan Pengkhususan Bahasa Inggeris itu

    Tak jalin hubungan istimewa

    Tak jalin hubungan istimewa Ini diakui sendiri Shamim yang mengakui ramai tersalah anggap sedangkan hubungan mereka tidak lebih daripada rakan.

    “Bagi saya, Tasha berbakat besar dalam penciptaan lagu dan nyanyian. Sebagai pemuzik, saya kagum dengan kesungguhannya dan sudah tentu berbesar hati dapat bergandingan dengan Tasha.

    “Jika dikatakan kami punya hubungan lebih daripada kawan, ia tidak sampai ke tahap itu. Malah, antara kami rapat seperti rakan lain dalam kumpulan Clora Studio. Mujur ibu bapa masing-masing memahami perkara ini,” kata anak guru muzik itu.

    Andai Tasha belajar bermain gitar dan keyboard sendiri, Shamim pula sejak kecil dihantar mengikuti kelas muzik. Malah akuinya, kecenderungan bapanya turut mempengaruhinya mendalami muzik hingga mengambil jurusan itu di peringkat sarjana muda.

    “Saya bertuah punya orang tua yang memahami. Mereka memberi sokongan cuma tetap mengingatkan saya mendahulukan kuliah biar serancak mana pun perancangan dalam arena seni suara,” katanya yang berada di tahun pertama pengajian.

    Mahu terus muat turun lagu saduran 

    Berkongsi debaran penerimaan single sulung, Be Mine, Shamim berkata, mereka mengambil peluang cuti semester untuk mempromosikan single itu.

    Sekalipun memahami cita rasa semasa berbeza mengikut musim, hakikatnya kemajuan teknologi seperti YouTube dimanfaatkan untuk menyebarkan dendangan mereka kepada khalayak yang lebih luas.

    Pendapatnya disokong Tasha kerana berdasarkan hit, lagunya sudah mencecah sejuta tontonan di laman itu, sekali gus mendapat maklum balas memberangsangkan hingga mendorong mereka menghasilkan lebih banyak video muzik.

    Dengkur ?

    Assalamualaikum :(
    aku tak bole tido lah .
    so, sebagai hobi mengisi lapang pada waktu malam , 
    aku pun menghabiskan masa dengan belog :) hehehe

    so , aku pun mencari fakta-fakta yang berkaitan dengan tido .
    memandangkan kita ni sepatutnya dah tido :)










    Cara atasi masalah berdengkur:
    Ubah Posisi Tidur
    Bila lidah,langit-langit,tonsil atau otot dibelakang kerongkong saling bersentuhan akan menyebabkan kita berdengkur.Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini,sebab bila kita terlentang lidah akan tertarik ke belakang dan akan menyempitkan aliran udara.Untuk elakkan masalah ini,cuba tidur mengiring. Mengiring ke kanan lebih afdal.
    Turunkan berat Badan
    Orang yg mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang  tebal dan berkemungkinan
    menyebabkan  risiko berdengkur. Jadi langkah terbaik cuba kurangkan berat badan anda,agar lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong boleh dikurangkan.
    Hindari Ubat Penenang/Sedatif
    Apapun jenis penenang sama ada pil tidur dan apa sahaja produk ubatan yang bertujuan untuk menenangkan
    akan menyebabkan berdengkur kerana ia boleh mengganggu sistem saraf, menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong.
    Hidu Wap Air Panas Sebelum Tidur
    Hidung tersumbat juga merupakan salah satu punca berdengkur,jadi sebelum tidur cuba hidu wap air panas atau pun letakkan tuala yg dah dicelup dgn air panas pd muka dan sedut wapnya.Ini adalah satu cara menghilangkan lendir yg menyumbat hidung kita. Bila lendir dah hilang, kemungkinan untuk berdengkur akan berkurang.
    Habuk
    Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Untuk yang berkemampuan pasang ‘air filter’ supaya kita mendapat bekalan udara yang bersih.
    Guna ‘Breathe Right’
    Mungkin ramai yang dah tahu pasal produk ni yang berfungsi membuka rongga hidung bagi mengurangkan dengkuran semasa tidur. Tapi sejauh mana keberkesanannya, penulis sendiri tak tahu sebab tak pernah try. Cuma ada beberapa orang yang bagitahu, diorang still berdengkur cuma volume tu dah kurang. Dan ada yang kata memang pernafasan jadi lancar bila pakai strips tu kat hidung.

    p/s :: Kalau korang berdengkur terlalu kuat hampir setiap malam, baik pergi jumpa doktor sebab mungkin tu bukan dengkur biasa tapi Apnea Tidur Halangan (OSA) yang boleh sebabkan nafas terhenti semasa tidur.

    tidur meniarap ?


    Tidur sememangnya sangat diperlukan oleh manusia untuk merehatkan diri setelah penat 

    bekerja seharian. Tanpa rehat atau tidur yang cukup, badan kita akan letih dan tidak bermaya.

     Oleh itu, tidur amat penting dalam kehidupan seharian. Posisi atau cara tidur juga penting 

    untuk merehatkan badan dengan betul.


    Antara posisi – posisi tidur yang biasa ialah seperti tidur secara mengiring, terlentang, 

    meniarap dan sebagainya..

     Tapi tahukah anda tidur secara meniarap ini adalah dilarang oleh Nabi Muhammad Saw?

    Dari Abu Dzar ra., beliau mengatakan,

    “Suatu hari Nabi saw. sedang berjalan melewatiku ketika itu aku tidur secara meniarap atau 

    tengkurap. Maka baginda membangunkanku menggunakan kakinya dan berkata, “Hai 

    Junaidib (panggilan Abu Dzar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring 

    penghuni neraka.” (HR. Ibnu Majah)

    Dari Abu Hurairah ra., beliau berkata; Rasulullah saw. pernah melihat ada seseorang yang

     berbaring di atas perutnya (meniarap/tengkurap), maka baginda berkata, “Sesungguhnya cara

     berbaring seperti ini dibenci oleh Allah.” (HR. Tirmidzi)

    Wallahu a’lam






    p/s :: renungan untuk kita bersama :)

    Wednesday, December 12, 2012

    mengidam :)

    Assalamualaikum :)
    rindu nak berbelog -'poyo jer'
    tadi masa makan tengahari aku ternampak ada gambar cupcake .
    nampak macam sedap jer . 
    walaupun aku ni jenis tak suka makan manis sangat ,
    but aku teringin la nak makan :(
    sedapnya kalau dapat makan cupcake .
    kalau tak comel macam ni pun takpe lah 




    :: geram aku tengok bear atas cupcakes tu . auuummmmmmmm .


    nak buat cupcakes . tapi nak buat macam mana .
    bahan pun takde .
    peralatan pun takde . :(
    kempunan lah aku .

    pas tu kan ,
    aku merisik mr GOOGLE tadi .
    pas tu aku cari pasal cupcakes .

    and i wanna share kat korang pic yang aku curi dari mr GOOGLE tadi .
    hehehe :)
    comel sangat 







    :: ada yang nak bg hadiah ni tak ?






    :: comel tak ? hehe






    :: cute nya . auuummmmmm .






    :: mr&mrs pingu . 






    :: sweet nya . kalau pakwe aku kasi . romantik nya .






    :: encik berbintik a.k.a mr&mrs ladybird









    p/s :: kan best kalau kat rumah kampung sekarang nih . boleh buat cupcakes sendiri banyak-banyak :(


    Sunday, December 9, 2012

    7 hari tanpa nasi !


    Hari Pertama (Tak ada nasi , hanya buah dan minuman yang sihat dan semulajadi)
    • Makan semua jenis buah kecuali pisang.
    • Untuk minuman, pilih yang sihat dan semula jadi.
    • Hindari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.
    • Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan kamu kerap mengambilnya.
    • Selain itu, kamu disarankan makan sup.
    Hari Kedua (Sayuran berdaun hijau , sup , kentang putar tanpa mayonis dan mentega , tak ada nasi lagi )
    • Semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung.
    • Kamu tidak dibenarkan makan kacang panggang dan seumpama dengannya.
    • Makan sehingga kamu sendiri puas dengan rasa sayur itu.
    • Paling disyorkan sayuran berdaun hijau.
    • Makanlah sebanyak mana sup yang kamu mahu.
    • Sebelah malam pula,makan kentang putar dalam hidangan besar.
    • Amaran penting,lupakan mentega dan mayones.Gantikan dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa.
    Hari Ketiga (menu hari pertama dan menu hari ke dua , tanpa kentang putar … perghhhh ..)
    • Gabungkan menu hari pertama dan kedua.
    • Tetapi tidak perlu kentang putar untuk pelan hari ketiga ini.
    • Jika betul-betul mengamalkan diet ini, kamu sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua kilogram hingga tiga kilogram. bayangkan…
    Hari Keempat (pisang dan susu rendah lemak , ambil sebanyak mana mampu dan juga sup .. juga tak de nasi)
    • Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak.
    • Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang kamu mampu.
    • Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi kamu harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram.
    • Kamu juga masih tidak boleh melupakan sup dalam hidangan.
    Hari Kelima (daging dan tomato , daging ayam atau  ikan , 6 biji tomato dan juga sup , tak de nasi lagi …)
    • Hari untuk daging dan tomato.
    • Kamu dibenarkan untuk makan daging putih(ikan atau ayam) antara 300 hingga 600gram,selain makan 6biji tomato segar.
    • Tomato sebenarnya membantu mencernakan protien dari mencuci pembinaan asid urik.
    • Pengambilan sup sudah memadai diambil sekali sahaja.
    Hari Keenam (daging dengan sayur  berdaun lain , tanpa kentang putar , tanpa nasi dan juga sup …. )
    • Kamu dibenarkan makan daging bersama sayur.
    • Makanlah apa saja jenis stik kerana ia baik untuk kandungan jantung.
    • Tetapi jangan makan kentang putar.
    • Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun.
    • Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu.
    Hari Ketujuh (baru ada nasi , tu pun dengan beras perang .. jus buah kurang manis dan sayur-sayuran .. dan juga sup)
    • Makanlah nasi menggunakan beras perang.
    • Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran.
    • Kamu masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.

    p/s :: pas nie aku akan berdiet menggunakan cara ini ! gambateh ! 

    Tip kurus biasa & luar biasa

    Assalamualaikum :)

    jumpa lagi..
    ehem3.. nak share sikit pasal tips kurus

    nak baca tak..?

    CREDIT TO BLOGGER :: Ayeem Ayam


    Thanks to him
    sorry without permission saya meng ' share ' info anda :D





    p/s :: nak bace dengan lebih terang dan jelas . sila lah berhubung terus dengan blog Ayeem Ayam .



    Comel sangat !

    Haaaa . hari ni nak update sebanyak yang mungkin sebab
    :: nanti dah busy
    :: nanti broadband banyak guna lagi
    :: =.=''


    masa aku tengah dok belek - belek facebook
    aku tengok lah dekat wall barang online nih :: Avenue86

    pastu kan aku ternampak 

    .
    .
    .
    .





    :: comel tak ?

    DIY Four-Frame Desktop Paper Storage Box
    Sale Price: RM 8.50


    comel kot . hehehe
    ok . aku memang gilak kan kartoon RILAKKUMA nih



    p/s :: suka macam mana pun . aku akan berbelanja ikut keperluan . bukan kehendak ok . walaupun benda tu murah jer .


    OHHS YEMM BABES !!!!


    Ermm , hai .
    Assalamualaikum :)

    Hari ni aku nak berkongsi sikit gambar - gambar kenangan
    Miss that moment

    Gambar ni for magazine campus
    And here we are :)



    :: Konon nya formal lah =.=''




    :: lepas tu , haru biru





    :: candid !







    :: err ! no comments








    :: tu yang sana tu .







    :: mari senget menyenget beramai - ramai







    :: bajet muka cute . puuuiiihhhh






    :: tahun 60 - an




    p/s :: Mesti aku rindu kat korang nanti . macam - macam ragam ada !









    Wednesday, December 5, 2012

    Welcome Back Ain !!!

    Assalamualaikum :)
    Rindu nak bukak blog

    Ari tu blog nih tak boleh bukak :(
    sebab laptop problem.. huhu
    sedih sangat + bosan + giler sangat-sangat

    Masa Cik dok tengah godeh facebook Cik tadi... tetibe tersekilas pandang kat satu gambar
    gambar Cik lor..

    Rindu sangat gambar nih.. 




    Rindu anda semua :)

    Nih time DINNER untuk Pembimbing Rakan Siswa
    Sekarang kurang join.. 
    Masa kurang... hehehe
    *aku yang tak pandai manage time sebenarnya

    BTW, serius den rindu kat ekau semuo...



    p/s : Kalau ada masa lapang kita jumpa lagi yer anda semua :)



    Saturday, August 11, 2012

    its a normal day
    erm... Assalamualaikum

    korang.. nak tanye sikit
    korang pernah tak rase ditinggalkan??? Rase macam tak diperlukan..
    Normal people akan merasakan benda or perasaan macam nih
    its normal
    tapi kalau yang korang rase tak take care korang tu mak atau ayah mesti sedih kan...?
    macam tu la aku rase sekarang..
    tapi ade perbezaan cikit lah..

    Ntah lah.. perasaan jer tu... erm... -.-''

    btw,  aku ade cerita sikit nak kongsi nih..
    its about : "Sakit Tulang Belakang"

    antara puncanya ialah STRESS/TENSION
    mungkin sebab ni lah aku salah seorang penghidap penyakit ni
    tapi aku bersyukur tak seteruk pesakit lain

    stress atau tension ni ialah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupakan perkara-perkara yang datang dari luar atau dari diri sendiri.

    cara-cara yang boleh kita amalkan bagi mengelakkan sakit tulang belakang ni adalah dengan cara
    mandi air suam : bila kita mandi air suam, tubuh dan otot kita dapat direhatkan dan dengan cara ini kita dapat merehatkan otak juga.

    atasi stress : atasi tension dengan cara tidur sejenak-ambil masa untuk tidur sebentar.
    kerap ketawa : kerap ketawa juga boleh membuatkan seseorang itu melupakan sejenak masalah yang dihadapinya.
    dan cara yang aku selalu buat (hehe ^_^) : menangislah sepuas hati. Bila kita menangis hati kita rasa lega sangat. mungkin orang akan cakap perempuan ni lembik, kuat nangis. tapi sebenarnya hati perempuan ni lembut, halus. hanya dia yang paham apa yang dia rasa..


    hurm.. -.-'' btw ok la
    aku dah ngantok sangat dah ni. nak tido. sok pagi nak bangun nak sahur and sambung wat assigment yang berlambak tuuu... -_____-''



    p/s : nak sambung hobi baru ^_^

    Monday, August 6, 2012

    Tentang Cinta

    Assalamualaikum semua... :)
    windu korang sume.. muahh..muahh... gedik x aku...?
    hahahaha... btw.. aku nak  kongsikan sikit lah ngan korang pe yang aku jumpe tadi..
    aku saje jer cari bende ni tadi sebab tetibe miss at my "Beruang Boncet"
    lama dah aku x dengar suara dia.. al maklumlah .. orang bz keje kan...
    tuk aku gak kan... chillex.. :'(





    1. Kajian otak manusia menunjukkan bahawa jika sesorang melihat dan merenung gambar orang yang disayanginya dalam tempoh yang lama, ia akan meransang bahagian ‘caudate’ otak – bahagian yang menghasilkan rasa kemahuan yang kuat (craving).


    2. Lelaki yang mencium isterinya di pagi hari dikatakan akan hidup 5 tahun lebih lama daripada lelaki yang tidak melakukannya.

    3. 2 per 3 orang mengatakan bahawa mereka jatuh cinta kepada seseorang yang mereka kenal lama berbanding dengan seseorang yang mereka baru kenal.

    4. 43% wanita tidak suka lelaki menulis ‘love’ atau ‘cinta’ di atas kad,email dan sms melainkan kata-kata tersebut disertakan dengan komitmen.

    5. Seseorang yang baru jatuh cinta dan dilamun cinta akan mengeluarkan hormon serotonin yang sedikit, jumlahnya seperti tahap kandungan hormon orang yang dilanda penyakit obsesi terlampau. Sebab tu orang yang dilamun cinta memang kelihatan seperti orang gila 

    6. Mengikut kajian Dr. Helen Fisher dari Rutgers University, penulis buku ‘Why We Love, apabila seseorang baru berpisah (break up), dia akan berasa semakin sayang terhadap bekas pasangannya. Bahagian otak yang membuat kita rasa gembira terus aktif pada ketika ini. (Sebab tu lah kebanyakan pasangan yang baru berpisah tak boleh tahan perasaan sayang dan rindu sewaktu mereka masih bersama dulu)

    7. Mengikut teori matematik, seseorang seharusnya bercinta/couple dengan sedozen orang sebelum menemui pasangan yang boleh dijadikan pasangan hidup sejati.

    8. Ini akan mengejutkan anda : Cinta yang bahagia akan membuatkan kedua-dua lelaki dan wanita menjadi gembira. Semakin kuat komitmen mereka terhadap hubungan, semakin bertambah gembira mereka.





    erk... mesti orang ni giler biology kan..? hahaha


    p/s : bercintalah... tapi jangan sampai memakan diri yer... :D


    Monday, July 30, 2012

    Saya Rindu Awak ^_^

    Assalamualaikum
    rindu kat blog.. hihihi..
    erm... actually aku gah wat assignment ni
    bosan giler lah natang assignment ni..... 
    erm.. nak story kit pasal my Cayang ,, huhu



    his name : Muhammad Syazwan bin Mohd Sobran
    age : 23 Yo (mude ag tau)
    dak ni comey sgt di mate saya..hihi
    B.O.D : 12 sept 1989 aku punye 17 sept 1992 = cweet tak? bhaahaha
    so, tarikh kawen kitorang 14 sept nanti.. huhuhu



    ok. siyezly aku rindu sangat pada dia... lame dah tak jumpe
    rindu kat awak sangat sayang ^_^








    p/s : doakan kebahagiaan kitorang yer kengkawan ^_^

    Tuesday, July 10, 2012

    Alhamdulillah Syukur !

    Assalamualaikum..
    Rindunya pada blog yang tersayang...
    huhuhu  :)

    dah baper bulan dah tak update
    maklom lah.. bz beben0r... hihihi
    erm.. memang agak bz ckit .. yer lah
    ngan praktikal lagi..
    ngan keje lagi....
    lagi keje....
    huhuhu... :D

    Btw, aku rase macam LEGA giler bile dah siap hantar report praktikal... 
    weeeeeeeeee  :D
    happy sangat sebab di terima.

    REPORT ACCEPTED !!!
    hahaha
    erm.. pada kawan-kawan yang report tak lepas ue tape..
    chillex..
    ade mase ag yer... wat slow-Slow
    tapi... jangan slOw sangat.. takut tak ciap lak nanti.. huhuhu :D
    erm... leganya !!!

    ok lah. ...
    sebenarnye nak update tu jer..
    hihihi... ok.. daaaa.... nite-nIte semua.. :)



    p/s : rindu pada si Dia.. :)
         sayang awak sangat AS :)

    Friday, April 6, 2012

    tahu :: lelaki dan perempuan


    PEREMPUAN PERLU TAHU


                 Seorang lelaki yang benar-benar mencintai anda tidak akan membiarkan anda pergi, tidak kira bagaimana sukar keadaan sekali pun.

    ......................




    LELAKI PERLU TAHU

                 Seorang wanita yang benar-benar mencintai anda akan memarahi anda untuk banyak perkara, tetapi masih terus menerima anda seadanya walaupun anda telah menyakiti hatinya.






    p/s :: aku rasa tulisan ni macam tak cukup besar untuk aku highlight kan lah =.=''
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...