Wednesday, February 22, 2012

Sekolah Saya :D







Assalamualaikum ...... :D


mulakan hari dengan senyuman :)


mualakan hari? dah nk malam dah pun..


bhahaha :D

ok.tetibe aku rindu pada sekolah menengah aku


kat situlah aku jadi setan


kat situlah aku jd macam malaikat


semunya bermula disitu 


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
SULTAN MUHAMMAD SHAH,
PARIT, PERAK

seriusly aku tersangat rindu :(

kat bawah ni ada sedikit sebanyak mengenai sejarah sekolah aku dulu
dulu? 
ah! lantaklah pengunaan bahasa yang tonggang terbalik dah nih..
perut aku lapo ni :D


SEJARAH 
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN MUHAMMAD SHAH,
PARIT, PERAK











SEJARAH SEKOLAH : Pada 1 Julai 1968, sekolah ini memulakan peranannya sebagai institusi pendidikan dengan nama Sekolah Menengah Penghantar Melayu (SMPM).
Nama tersebut digunakan bertujuan untuk memisahkan daripada sekolah Menengah Iskandar Shah (SMIS) yang menggunakan Bahasa Ingeris sebagai bahasa penghantar.
 Apabila SMIS menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar sepenuhnya,
 nama SMPM dirasakan tidak lagi begitu sesuai. Justeru, timbul cadangan untuk menamakan sekolah ini sebagai Sekolah Menengah Sultan Muhammad Shah sempena nama Sultan Perak ke-14,
 yang makamnya terletak di Pulau Tiga, Kg. Gajah.
Pada tahun 1980 rasmilah sekolah ini dengan nama Sekolah Menengah Sultan Muhammad Shah sehinggalah ke hari ini. Pada tahun 1968 hingga 1989,
sekolah ini hanya mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Seterusnya pada tahun 1990 sekolah ini semakin berkembang dan mampu mewujudkan kelas dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Dari segi kemudahan fizikal, sekolah ini mempunyai pejabat pentadbiran, bilik guru, makmal sains, pusat sumber, koperasi sekolah, bilik operasi kurikulum,
asrama, kantin dan lain-lain kemudahan asas. Pada 1 Disember 1991, sekolah ini diamanahkan untuk mengurus hal ehwal pentadbiran asrama putera yang pada
 asas pembinaannya untuk Sekolah Menengah Iskandar Shah.
Penghuni asrama terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sultan Muhammad Shah dan
 Sekolah Menengah Iskandar Shah. Tetapi, pada bulan Januari 2002, penghuni asrama hanya terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah ini bertujuan untuk memudahkan urusan pentadbiran asrama. Pada bulan Ogos 2007, bangunan asrama putera (bekas bangunan kayu sekolah lama)
telah dirobohkan untuk untuk tujuan pembinaan asrama baru yang serba lengkap. Pada tahun 2000, Jabatan Pelajaran Negeri Perak telah memberikan kebenaran untuk
 membuka dan memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran kelas Sains Tulen. Hal ini bertujuan untuk melahirkan para pelajar yang dapat menjuruskan diri dalam bidang sains dan teknologi agar bersesuaian dengan hasrat kerajaan dalam menuju era Wawasan 2020.
 Pada pertengahan tahun 2001 sekolah ini telah memperoleh sebuah bangunan makmal komputer, sementara bilik ekses telah dibuka pada tahun 2007.
 Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran telah dibuka pada awal Januari 2002. Para pelajarnya terdiri daripada murid-murid sekolah rendah yang
dikategorikan sebagai menghadapi masalah pembelajaran. Pada tahun 2002 sekolah ini mendapat sebuah lagi bangunan tiga tingkat (penyerahan rasmi pada 7.7.2003) yang mempunyai kemudahan yang serba lengkap.

























segalanya bermula disini :D

MISS ! =__=''

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...