Friday, April 6, 2012

tahu :: lelaki dan perempuan


PEREMPUAN PERLU TAHU


             Seorang lelaki yang benar-benar mencintai anda tidak akan membiarkan anda pergi, tidak kira bagaimana sukar keadaan sekali pun.

......................




LELAKI PERLU TAHU

             Seorang wanita yang benar-benar mencintai anda akan memarahi anda untuk banyak perkara, tetapi masih terus menerima anda seadanya walaupun anda telah menyakiti hatinya.






p/s :: aku rasa tulisan ni macam tak cukup besar untuk aku highlight kan lah =.=''

Thursday, April 5, 2012

kelebihan isteri


Ehem!! Ehem!!
Assalamualaikum... dalam kesibukan kerja di kedai kahwin.
aku tetibe di ceramah oleh satu Pak cik nih. baik orang nya.. 
*kalau ada anak lelaki dah lama aku sapu dulu anak dia
bhahahhaa :: juz joking meyh...


ni antara yang aku ingat lah kan 
-
jap


loading 49%

-
-
-
loading 99%

ok. done


1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji             dan umrah” 
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”. 
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”. 
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”. 
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”. 
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. *ni paling aku ingat :: (Hadis Riwayat Tarmizi) 
8 ) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”. Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu “TAAT



p/s :: nampak tak aku BOLD & CAPS LOCK & warna MERAH kan yang perkataan TAAT tu.
pahamkan lah yek rakan-rakan ku..!!!!

lelaki matang VS lelaki kurang matang



Lelaki MATANG


·                kalau ade awek buat masalah atau sesiapa ade wat masalah dgn laki nie, dia takkan terus maki hamun atau marah2 tak tentu hala, sebaliknya dia akan tanya dulu.
·                tak suka msg sgt dan dia lebih suka call terus.
·                pandai berborak dgn org tua, beramah mesra dgn org tua tak kira dia kenal atau tak.
·                bukan seorang yang cepat marah/baran    
·                suka berjenaka..lawak yg kadang2 ade maksud tersirat
·                seorang yg pemaaf dan cepat faham situasi 
·                kalau dia marah atau merajuk pun mungkin kejap dan akan reda beberapa minit kemudian  
·                pemakaian lebih kemas dan tidak terlalu mengikut fesyen semasa asal kan bergaya.  
·                lebih mementingkan perhubungan ke arah yg lebih jauh, komitmen yg tinggi ---> aku suka ni ^_^  
·                agak cool dan control and blagak cool  
             





Lelaki KURANG keMATANGan

·                cepat marah kalau berlaku sesuatu kejadian. hot temper  
·                ber'msg jenis tak reti nak henti. kalau boleh nak bw masuk hp time mandi skali dan msg bgtau yg dia tgah mandi   
·                kalau buat lawak kadang2 lawak tu x lawak tp gelak gak. 
·                kalau berjalan dgn pasangan kalau boleh pegang/peluk xnak lepas.over drp org yg dah kawen
·                cuba perhatikan couple yg masih bersekolah dgn yg dah x bersekolah..nampak beza x kalau korg g jalan kat mane2 mall?
·                pemakaian kalau boleh nak ikot fesyen dan orang akan pandang dia sampai langgar tiang.fuuyyoooo    
·                kalau jenis ade kapel..nak merajuk/marah kne lebih dr seminggu..erk!
·                selalu buat keputusan terburu-buru tanpa pikir panjang.
·                kurang pandai menghormati org tua.   --> aku rijek orang macam nie. huh!



p/s :: agak-agak lelaki di luar sana, korang ada kat stage mana yek?

Wednesday, April 4, 2012

Bila aku Bangun


Assalamualaikum semua :D
Selamat pagi , selamat morning, selamat tengahari, selamat lunch, *lapa nya =.=’’



Pagi yang tersangat ceria sebab malam tadi sebelum tidur bergayut dengan mak aku
Bhahahahaha :D

Bahagianyaaaaa!
Hari ni aku nak kongsikan sikit apa yang aku selalu buat bila bangun pagi




1.       Alhamdulillah .... ni word pertama yang biasa aku ucapkan dulu. Bersyukur sebab dapat hidup lagi.

2.       Aku biasa ucap selamat pagi pada diri aku sendiri  :) mungkin lah pelik sikit. Tapi itulah ucapan aku tiap pagi. “ Selamat Pagi Ain!’’ sambil diikuti ayat yang lazim aku guna bila pagi “ Cantiknya langit hari ni”. Ni memang tabiat aku dari dulu. Iyalah. Tempat tidur dah tepi tingkap. Buka mata je Nampak langit. Member aku kata padahal langit tiap-tiap hari sama je. Suka aku lah. Mulut aku kan? Hahahaha :D

3.       Then  mata aku akan tengok jam loceng. Iyalah.. sama ada jam loceng belum bunyi ke, dah bunyi ke mesti tengok jam dulu. Kalau dah bunyi uh konpem-konpem lah aku akan menatap jam tu dulu.

4.       Lepas tu…. Apa ek? Haaaa. Aku akan cari henpon murahan aku tu. Kadang-kadang kat kaki. Kadang-kadang kat bawah bantal. Kadang-kadang kene kemas tempat tidur dulu baru jumpa. Hehehe :)

5.       Aku akan mencari dan mencari my MR. Momot. Ni dia (pemberian orang kene hargai :D )



MR Momot yang angkuh. huh! macam tuan kau juge
*aku bukan tuan dia ek, aku tolong jagakan aje :)



6.       Bukak laptop. Tak kiralah jap lagi nak pergi kerja ke hap eke. Yang penting laptop kene bukak dulu. Then bukak lagu kuat-kuat. Hahahahaahaaha :D ketawe setan aku kan?!!

7.       Pastu bangun pergi tandas, wudhuk pastu apalagi… Solat.

8.       Pas uh, cari air mineral. Dahaga beb. Huahuahua :D

9.       Lepas solat sambung jadi penyanyi rock sebab suara serak-serak lagi *E! suara aku memang serak. Err..

10.   Bancuh air tea atau milo. Air wajib setiap hari :D

11.   Pastu apalagi. Kalau masuk keje lambat aku main game tak pun kalau penat sangat aku tidur balik.* Jangan ikut perangai aku ok?!  Kalau masuk keje awal aku pun bersiap-siap le.





Itu aje lah yang boleh aku meng’sharing’kan kat korang. Anyway, mak pesan jangan tidur lepas subuh. Anak dara, tak elok. Tu lah sebab nya aku main game. Bhahaaha :D bijak tak kepala batu aku?





p/s  ::  bila letih sangat time main game pun boleh tidur. Huhuhuhu =.=’’

Tuesday, April 3, 2012

mari bercerita

Assalamualaikum semua
siyez rindu sangat nak ber''belog''
aku tak tau lah kenapa blog aku tak boley nak new post setiap kali nak new post
mesti kene sign out dulu. ish3..
tu pun kekadang boley. tapi selalunya tak boleh.
huh! =.='' membara je jiwa raga aku tau tak

ok.
sesiapa yang rasa tau apa punca atau faktor yang menyumbang blog aku jadi macam ni
sila lah komen..
mintak tolong sangat..
-___-''

sedih tau. aku bosan tak tau nak buat apa
dah lah fb tak boleh bukak
blog tak boleh
huh!
memang aku jadi rajin lah mengadap software je dari pagi sampai malam
sampai mimpi pun dan mimpi adobe dah.

ok.stop merepek :D
maklumlah dah lama tak bukak. bersawang suda blog ni
huhuhu

aku nak cerita sikit profit jadi designer
sikit je lah yang aku cerita
sebab profit yang besar dia pepandai korang lah pikir sendiri
ermmm...


bila aku buat kad kawen :-
yang untung nya. sedikit sebanyak aku tau juge lah pasal jalan-jalan yang ada kat johor ni
aku bukan nya tau sangat jalan kat johor ni
yang aku tau jalan pergi poli. balik poli.
kat mana nak beli alat tulis dan peralatan lukis aku tau.
pastu jalan pergi kerja.
tu je.
naif nye aku -__-''
sekurang-kurangnya terbukak lah sikit otak aku ni kan
gua dah terror sikit cakap kat lu..hahahahaha




buat bunting/banner :-
buat banner produk orang
eg :- perfume : aku dah dapat 2 botol percuma perfume tau
membe aku yang lain kene beli...hahahaha
walaupun aku tau perfume tu murah je.
but i really appreciate that. sekurang-kurangnya dia hargai design yang aku buat
:: BUKAN RASUAH OK?! ::

buat magazine :-
aku dapat baca dulu dari korang semua baca
hahahahhaahahahahahahaahahahaahhahahahahaahhahahaha   :P
nampak tak menganjing disitu?




p/s :: kalau kita buat baik dapat balasan baik, kalau kita buat jahat ? dapat lah berganda-ganda dari yang ko buat tu. hah! padan muka ekau jang.. ada kaitan ke p/s ni? lantaklah. blog aku kan???  bhahaha  :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...