Friday, May 17, 2013

Mummy Buaya ? Papa Buaya ?

Assalamualaikum korang ..... hehhehe

 

petang semalam aku tengok lah satu rancangan TV1. macam national geography tu. aku pun taktau tajuk nya. huhuhu. by the way  dia cerita pasal aligator , buaya. anak sedara aku yang umur 4 tahun tu tengok lah sekali dengan aku cerita tu. nama dia Shanja. Err. nama dia Aiman Khairy. tapi panggil Shanja. lepas tu macam-macam dia tanya dekat aku. biasalah. umur kecik macam tu memang kuat cakap and banyak tanya. lagilah anak sedara aku jenis aku, bercakap jer tak berhenti. huhuhuhu.

aku pun dengar lah dia membebel.

Shanja : " Mak Su, ni apa?"
Aku : "Aligator"
Shanja : ape tu Mak su?
Aku : Buaya
Shanja : Ow . Buaya tu apa ?
Aku : Errr . Macam sesumpah besar. dia hidup 2 alam. dia boleh hidup dekat air. dia boleh hidup kat darat juga.
Shanja : wahhh . hebatnya
Aku : tak lah hebat sangat.

beberapa ketika ...

 Shanja : tu baby buaya ke Mak Su?
Aku : haaa
Shanja : Tu Along Buaya ke Mak Su?
Aku : Along Buaya? Haa . Abang dia kot.
Shanja : ni Angah Buaya ?
Aku : Yer. Angah buaya
Shanja : Mak Su, Mana Papa Buaya dengan Mummy Buaya ?
Aku : ??????


seriusly, aku tak terfikir langsung pasal macam mana boleh terkeluar perkataan Papa Buaya dengan Mummy Buaya . adakah sebab dia panggil panggil parents dia Papa dengan Mummy?


p/s : haihhh . budak budak zaman sekarang nih. memang diluar jangkaan betul lah.


Thursday, May 16, 2013

Makanan bayi mengikut usia 7 hingga 9 bulan


Assalamualaikum Allz . . . hehe . tergedik pulak hari ni

kesa pulak aku nak gedik ke apa ke. hahaha. eh. tapi masa dok tengah blogwalking tetiba ada lah satu blog kesihatan ni story pasal baby. yakni bayi. huhuhu. ye lah. since aku jadi babysitter kat rumah yang indah lagi gah ni(padahal rumah aku rumah teres kecik je pon). tapi pada aku tu lah syurga bersam keluarga. hehehe. eh! haaa. sambung balik story. aku ada baca info kat blog  Baby Center ni. banyak jugaklah info pasal bayi kat sini. ye lah. dah nama blog pun baby center kan.

okay. info yang aku baca ni tentang pemakanan bayi mengikut usia. so aku pilih untuk usia 7 hingga 9 bulan sebab anak sedara yang aku jaga tu umur dia 8 bulan.

so, here's the info bout the baby. watch out !
Satu masa antara umur tujuh dan sembilan bulan, bayi anda akan mula melengkapkan dirinya dengan kemahiran yang akan membolehkan dia makan menggunakan tangannya. Pada mulanya dia mungkin akan cuba mengangkat objek mengunakan ibu jari dan jari telunjuk, kemahiran yang dinamakan pegangan sepit, iaitu pincer grasp. 
 Dia juga akan terus memasukkan semua benda ke dalam mulutnya, satu lagi tanda menunujukkan dia sudah bersedia untuk memperluaskan dietnya. Inilah masanya untuk mula menghidangkannya makanan jejari, contohnya potongan kecil karot yang lembut dimasak atau pisang, jejari roti yang tidak bergaram dan mini kuih beras (rice cakes). Tujuannya ialah supaya dia boleh melatih dirinya sendiri. Lain makanan jejari yang boleh difikirkan ialah keju, roti bakar dan ketulan epal tanpa kulit. Jangan berikan biskut manis dan rusk sebab kita tidak mahu bayi anda membina tabiat mahukan snek manis.


Kebanyakan bayi akan mencapai makanan dari pinggan orang lain di sekitar usia tujuh atau lapan bulan. Bayi anda bukanlah biadab, dia cuma cuba meniru cara anda makan. Oleh itu, dia mungkin merampas pinggan mangkuk yang terhidang dan menyukarkan lagi anda memberi dia makan. Cuba berikan dia sudu untuk dipegang dan gunakan sudu yang lain untuk menyuapkannya.


Dia juga akan mula meniru cara anda mengunyah dengan menggerakkan rahangnya dari kiri ke kanan, pada masa ini juga. Dia masih belum mempunyai cukup gigi untuk benar-benar mengunyah, tetapi ini adalah penting untuk dia membiasakan dirinya menelan ketulan makanan yang lebih besar. Namun begitu, sertakan juga makanan lecek dan makanan jejari yang lembut dan juga puri yang lumat.

Makanan untuk diperkenalkan sekarang ialah masakan pasta pelbagai bentuk, roti-roti (bukan yang berbiji atau penuh bijian lagi, sebab sebarang ketulan keras akan menambahkan risiko tercekik), ketulan buah avokado yang masak ranum dan masakan lembut daging, ikan dan ayam. Anda juga boleh memberikan bayi anda masakan lentil dan kekacang lain yang dimasak, dan sayuran berdaun hijau gelap, seperti bayam. 


p/s : ok. for those yang dah ada anak tu. boleh lah try baca info ni. berguna pada Uallz. ni aku copy paste sebab aku tak berani nak tukar ayat. takut nanti tersalah info and fakta pulak nanti.

Wednesday, May 15, 2013

Tetamu

Assalamualaikum kawan kawan
 
okay. serius. tadikan, membe aku aada call aku. lepas tu, yang aku geram dengan dia.
ada ke patut dia kata dia nak pinang aku???!

eh. hello! tak laku sangat ke aku ni nanti? sampai sanggup nak pinang aku masa sekarang nih hah?! geram betol lah aku. tak patut betol lah. memang lah dia kata dia sayang dekat aku lah apa lah. but please! aku bukannya nak kawin lagi. and hello, I baru 21 tahun tau. muda lagi okeh ! cehhh.. garang sangat aku ni. mana lah laki nak melekat dengan aku nih. hahahaha .

by the way, aku tak nak pun cite pasal dia. ehemehem . nak cerita pasal tetamu yang tak diundang tadi. tadi adalah sekeluarga tetamu ni datang rumah melawat bonda dan anak dia. yang datang ni sebenarnya ayah kepada akak ipar aku. diorang datang satu family wth anak beranak diorang lah.
kalau tetamu baik macam ni ok jugak lah
 

aku ok jer orang datang. lepas tu aku pun menjadi anak yang mithali serta solehah lah sebab aku kena mendengar mak aku membebel suh masak. so jadi bibik sekejap. ( dah biasa pun jadi bibik ni . huhuhu) dalam pada aku menjadi bibik seketika tadi. ada lah anak lelaki dia ni datang dengan suara mengoda menegur aku. huh! annoying nya. sebab dia mengacau aku tengah masak.

aku tak suka betul orang ganggu time masak ni. pastu konon nak simpati pada aku lah sebab kaki aku berbalut lah, apa lah. sakit jiwa I tau. hahahaha. dah lah membara sebab mengacau aku masak, bertambah terbakar bila dia sesuka hati makcik tiri dia jer nak sentuh-sentuh aku. sakit jiwa gua dengan brader nih. kang kalau aku hempok kang tetamu mak aku. so, sabar jer lah. tapi sedap juga lah aku duk ngamuk dekat dia tadi. hahaha.



p/s : Moral of the story, lu ganggu gua masak lu langsi. hahahaha.

Study ke ? Kerja ke ?

Assalamualaikum . . . hai hoi hey hey hey!

salam satu Malaysia. korang sihat tak? aku?  jappp... fikir sekejap. sihat kot.
huhuu.... penat lah. baru lepas siap masak tengahari. hahaha. laju tak  aku masak tengahari. biasalah.
i ni kan tengah part-time jadi bibik kat rumah plus jadi baby sitter tuk kakak aku tu. yer lah. diakan kerja. aku ni bila tah nak dapat kerja. hope ada lah rezeki tu nanti.

sekarang ni lah kan, aku tetiba terfikir masa aku tengah dok best masak tadi. kalau tetiba aku dapat offer study macamana ek ? ye lah. aku sendiri tak tau macamana. naluri wanita aku ni nak belajar. tapi mak suruh cari kerja. nak cari kerja pun mak asyik larang yang jauh-jauh. habis tu acanno? cer cite sikit....?


Omell tak budak nih?! hihihihi



tapi apa salahnya kalau aku sambung belajar. aku baru study sampai diploma je kot. di ulang sekali lagi DIPLOMA je kot! bukannya aku nak belajar sampa tua pun. tapi apa salahnya belajar sampai tua pun kan? hehehehe. by the way, macamana ni? korang ada cadangan nak belajar ke nak kerja? tapi kalau nak kerja pun bukannya ada degree ke apa ke. gaji sikit. macamana nak hdup dengan gaji skit. memanglah gaji bukan pengukur kepada berjayanya hidup seseorang tu atau sebahagia mana. tapi untuk menjamin kehidupan yang sedikit selesa. itu jer.


berdasarkan gambar, nampak sangat stress ! hahahaha


so, uallz jangan kata I ni mata duitan ok?! hahaha. taklah. kadang-kadang perlu jugak jadi mata duitan. tapi jangan selalu dan tamak! remember, orang tamak selalu rugi. tapi kalau tamak dan BIJAK kadang-kadang untung jugak. hihihihi . apa lah ekau ni jang.



p/s : Stress aku hari nih. pepagi buta mak aku menjerit suruh keluar cari calon suami. bukannya cari kerja..! apa lah mak nih !

Tuesday, May 14, 2013

kawin ?!

ehemehemehem ....
Assalamualaikum korang .



tak nak kawin lagi ! can u understand me ?
hahahaha . ape lah mak ni suruh orang kawin pulak. orang taknak kawin lagi. memang lah nak kawin, tipu lah kalau taknak kawin kan? hehehehe. gatal!!!!! TAPI !!! not now lah mak.

dah lah tak dapat kerja lagi, suruh kawin pulak. waaaaaa :'(


p/s : bila nak dapat kerja ni ?!

Sorry AGAIN !

Hai Hoi Hei !

Assalamualaikum sahabat .
erm... Im so sorry again .
I busy sangat this week. Mana mak masuk hospital lagi. Dengan nak cari kerja lagi . penat sangat. A day tidur 4 ke 5 jam je (macam tak biasa je kan?). by the way, mak dah keluar pon. A week masuk ward. penat jugak lah jaga plus tidur kat atas kerusi. kalau penat sangat, aku naik je atas katil tu sekali. hahahaha. kisah pulak aku kan?! sakit tulang belakang aku tidur atas kerusi je. alah. kerusi plastik yang macam kat kedai makan tu. hah?! sakit kan kalau tidur atas tu je? hahaha. demi bonda tercinta. aku okey je. hewhewhew.

aku ada dapat macam-macam offer kerja, tapi mak aku tak bagi lah. jauh lah. susah lah. bahaya lah sebab perempuan. pening kepalak fikir lah. huhuhu. macam mana lah nak kerja ni. dah seminggu aku menggangur kat Ipoh ni. aku taktahu lah macam mana. aku rasa mak aku macam tak nak bagi aku kerja je. tapi kalau dia taknak aku kerja buat apa dia bagi aku pergi belajar. hahahaha.


 
p/s : mungki belum rezeki lagi kot. kan?

Sunday, May 5, 2013

UNDI ?

Assalamualaikum kawan ! ehemehem....
harini adalah hari mengundi setelah 5 tahun kita dengan kerajaan kita.
Now, masa untuk mengundi.
But, I tak mengundi lah . I ni tak cukup umur lagi. huhuhuhu
tapi pesanan untuk yang pergi mengundi tu.

Undi lah calon yang betul betul korang rasa boleh bertanggungjawab dan berwibawa
cewahhhhhhh :)


p/s : Mari lah Mari , kita mengundi . hahahahaha !

Kasih Ayah hingga ke Syurga :)

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
 
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian
Saat kita sakit @ demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

 
Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

 
Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..
Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi. Tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

 
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

 

 
Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..




P/s: Mari kita sayang kedua ibu bapa kita sementara mereka masih hidup...


Music ?


Hai holla Assalamualaikum...

Korang sihat? Alhamdulillah, baguslah kalau sihat. Aku pun sihat lah jugak.

Music? Korang minat music apa? Aku? Semua aku boleh masuk, kadangkadang tu, lagu kantonis ke, jepun ke, india ke, kalau aku rasa best aku dengar jer. Hahaha.


 
 

Cuma aku ada tabiat ataupun lebih dikenali sebagai kesukaan yang pelik. Iaitu aku suka akan music etnik atau yang berbentuk kebudayaan. Mesti orang cakap, aku ni muda. Umur 21 tahun. Tapi music taste aku macam nenek nenek kan? Aku dah agak dah. Sebab bukan korang jer yang cakap macam tu. Ramai dah :’( kesian aku.

Tapi pada pandangan aku lah, walaupun music tu macam dah ketinggalan, tapi music tu ada nilai estetika dia sendiri. Hah! Sampai masuk nilai estetika sekali dah. Tapi memang betul. Cuba korang hayati betul betul lagu lagu yang macam tu. Srius memang boleh masuk lah.



p/s : korang minat music yang macam mana pulak ?

Saturday, May 4, 2013

Away To Perak


Assalamualaikum....

Sila lihat tajuk diatas. Sila LIHAT..!

Aku  balik perak weyh! Hahahaha. Rindunya dekat perak. Semester ni aku tak balik langsung Perak tau. Kecian mak aku tu. Aku konvoi  dengan kawan.  Tiga bijik kereta.  Mulamula  singgah Batu Pahat, Johor dulu. Lepas tuh baru lah terus balik. Tapi sebelum sampai Perak singgah Senawang, Negeri Sembilan dulu. Makan Burger Bakar. 

Ni yang nak cerita pasal burger bakar yang aku makan tu. Nama kedai ni Burger Bakar Deqwan, Senawang. Serius beb. Memang terangkat habaq kat hang. Harga dia okehokeh jer. Tak mahal sangat tak murah sangat. Kira okeh lah. Kalau mahal sangat aku pun tak mampu nak makan kat situ.
By the way, korang patut cuba tau. Harga dia dari RM5.00 hingga RM200 kalau tak salah aku. Kalau salah mintak ampun ye. Huhuhu..!



p/s : sedap giler kot burger dia and murah !  by the way aku dah sampai Perak dengan selamatnya semalam pagi :)

Makan Makan di Rumah Mewah


Wahhhhh! Tajuk kaw. Mengalah kan menteri. Hahahaha.

Assalamualaikum..... ehemehemehem....

Kawankawan nak tau tak?! Heeeee~   (macam budak darjah  satu nak cerita pulak).

 Okeh, macam ni... hari tu, bertarikh 28 haribulan April 2013 yakni jatuh tergolek pada hari sabtu, kami as ex-student graphic yang gila lagi senget ni telah mengadakan majlis makanmakan di rumah penasihat akedemik iaitu PA (kira macam guru kelas lah dulu law kat sekolah). 

Oleh kerana makanmakan ni untuk kami maka aku menjadi orang pertama yang hadir. Hehehe.
Sebenarnya aku ingat aku orang yang agakagak nak last datang, tapi sebaliknya. So, kembang hidung sekejap lah sebab aku paling awal dan terus memulakan aktiviti yang kami sedia maklum iaitu, MEMASAK. Huh! Gorenggoreng je pun, bukan masak teruk sangat. Dengan buat barbeque. Memang best. But sayang, tak ramai yang datang menjengah apetah lagi menjenguk.

Penasihat aku tu nama dia Encik Badrul Hisham. Encik Bad ni serius baik gila wa cakap kat lu. Sumpah tak tipu. Lemah lembut sangat dengan kitorang. Walaupun umur kitorang ni berbeza, but dia memang layan kitorang macam dah dewasa. Tak macam sesetengah pensyarah tu. By the way, kengkorang tengok lah  apa yang di snap oleh kengkawan aku ni. Sebab aku tak bawak kamera, jadik gambar pun dapat dari belas ihsan kengkawan aku jer. Hehehehee.





 p/s : sedap wooo makan nih :)

Finally.....


Assalamualaikum...... tak jawab dosa, kalau jawab sayang . hehehehe

Bila korang baca tittle nih mesti macam nak kata aku dah dapat apa yang aku nak kan ? pandai korang teka, but... tett . salah! Hahaha. Okehokeh. Macam nih lah ye kengkawan sekalian, sebenarnya aku nak bagi tau, im totally,, offically,, finally, gradute from Politeknik Ibrahim Sultan. What?! Politeknik? Diploma jer pun kan? Tu pun beria nak post entry baru. But, ikut suka aku lah. Hahaha. Macam takde topik pun ada, yelah. Sebenarnya aku jadik macam kekok lah . sebab dah lama tak menulis ni. Rasa macam lain macam. Rasa macam lain macam? Pelik jer ayat ni. Arghhhhhh! Kesah pulak aku?! Hahahaha.

Bila dah grad means aku dah dewasa (no perangai budakbudak lagi okeh).  Sedih pun ada dah habis belajar ni. Yelah. Mana tak sedihnya, kawankawan semua tak ada dah dekat ngan aku. By the way, mak kan ada? Paling penting Allah kan ada? Serius la weyh, baru nak kemaskemas barang dah menangis. Waaaaa :’( so sad. I will miss u friends :’)

Walaupun kita ada gaduh (normal lah kan gaduh) tapi aku still sayang korang tau!

Okeh lah, ni aku ada hidangkan beberapa keping gambar yang sempat di curik ketika kami bersama, hewhewhew...




































p/s : Miss U allz kawan !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...