Saturday, January 12, 2013

Perhimpunan apa ?

halo ! halo !
tadi masa I online Facebook . I terbaca ramai post pasal perhimpunan pe tah .
I pon search lah kat GOOGLE .
then I dapat maklumat pasal perhimpunan tu .

apa yang I paham perhimpunan nih himpunan gabungan dari segala perhimpunan sebelum ini dari seluruh negeri dan Grand Final himpunan kebangkitan rakyat ini yang berkumpul di Kuala Lumpur untuk menuntut pilihan raya yang bersih salah satu matlamat utamanya . 

apa yang I mengarut nih ?
ntah . yang penting ni fahaman I .
hahaha .

I pon tak nak komen apa-apa sebab I ni tak berapa pandai nak berpolitik .
so , check it out ^_^

here gambar yang I GOOGLE tadi .
U all tengok lah . kot-kot
nampak gambar U all . 
kalau U all pegi lah .
hehe .

























ni perkongsian daripada seorang blogger -->  Solihin Zubir


 kenapa perlu turun Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112  

1. Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112  yang bakal dilangsungkan pada 12 Jan 2013 nanti bolehlah dianggap sebagai bapak segala perhimpunan. Kerana perhimpunan tersebut bakal menggabungkan himpunan Bersih, himpunan Hijau, himpunan Oren, Royalti dan pelbagai lagi NGO sebagai alternatif meluahkan rasa amarah rakyat setelah pelbagai tuntutan demi tuntutan diabaikan oleh kerajaan semasa.

2. Namun, seperti biasa akan ada pihak pro kerajaan semasa yang akan melabel peserta himpunan tersebut sebagai tidak bersyukur dengan negara kita yang sudah sedia ada aman ini katanya. Himpunan seperti itu akan membuatkan negara ini kacau bilau. Lucutkan kerakyatan peserta-peserta himpunan ini. Hantar mereka duduk Palestin. Bersyukurlah. Bersyukurlah. Blerghhhhhh.. Owh yaaa.. Himpunan kali ni tidak dipengerusikan oleh Ambiga kan? So?

3. Bagi yang kononnya neutral atau bencikan politik dan tak mahu ambil tahu hal politik pula akan berkata, daripada pergi ke himpunan kebangkitan tu, lebih baik bangkit tahajjud. Lepas ni ada la tu yang nak create gambar perbandingan himpunan kebangkitan vs bangkit tahajjud. Lepas tu, "Like & Share jika setuju". Heheh.. Memang betul kita disuruh berdoa. Tapi berdoa semata-mata tanpa usaha, pun tak cukup. Pergi himpunan semata-mata tapi tak solat dan berdoa pun tak guna. Biarlah seiringan.

4. Ulama, tok guru, ustaz-ustaz pun ramai yang turun kan sebab sudah muak dengan karenah Umno/BN. Haram celah mana perhimpunan ni? Syeikh Yusuf al-Qardhawi dan lain-lain ulama muktabar dunia juga berpendapat HARUS mengadakan demostrasi aman lebih-lebih lagi ia dibenarkan oleh perlembagaan sebagai cara untuk rakyat menuntut keadilan dan menyuarakan hak serta pendirian mereka. Malah gabungan suara rakyat yang ramai lebih didengari dari menyuarakannya bersendirian. Upsss.. Lupa. Syeikh Yusuf al-Qardhawi tu kan khawarij bak kata Ulama Muda Umno. Aku nak ikut ulamak. Aku takmau ikut ular dalam semak yang hanya tahu meneropong dari jauh.

5. Bro. Ini perhimpunan aman bro. Sebenarnya santai je bro lebih kurang macam Jom Heboh dan himpunan agung umno tu. Bezanya himpunan ini tak ada artis Kpop dan seksi. Hoi. Kenapa orang Umno/BN boleh buat perhimpunan secara aman tanpa sebarang gangguan, tapi bila penyokong Pakatan Rakyat nak berhimpun, dilabel pula sebagai himpunan haram. Tak cukup dengan pelbagai provokasi dan fitnah, siap sembur water canon, bom asap, sepak terajang segala. Bagi ceramah pun kena serang puak samseng. Bagi kuliah dalam surau kena baling kasut. Ini apa perangai ni? Siapa sebenarnya yang jadi penyebab himpunan yang asalnya aman bertukar menjadi huru-hara?

6. Sehingga ke hari ini aku masih terkesan melihat video dan gambar-gambar perhimpunan bersih 2.0 dan 3.0. Setiap kali melihatnya, rasa meremang dan berkobar-kobar melihat amarah rakyat yang sebelum ini bisu ditindas kezaliman. Jadi, aku nekad akan turun ke bapak segala perhimpunan ini. Aku mahu jadi sebahagian daripada gelombang kebangkitan rakyat. Bro. Ini bukan soal parti. Taksub kepada parti hanya akan membuatkan kita buta kebenaran. Ini soal kesejahteraan rakyat. Buat apa lagi nak simpan kerajaan korup macam tu? Aku lebih rela memilih Pakatan Rakyat daripada memilih Umno. Kenapa? Itu aku akan jelaskan dalam entry yang lain dengan lebih terperinci. Mesti baca nanti! Bagi celik sikit mata tu.



p/s :  I takde ape nak komen pasal nih . sebab I ni tak berapa pandai dalam POLITIK . but , amek tau jugaklah pasal this thing .

credit to : Solihin Zubir , Encik Google

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...