Thursday, May 16, 2013

Makanan bayi mengikut usia 7 hingga 9 bulan


Assalamualaikum Allz . . . hehe . tergedik pulak hari ni

kesa pulak aku nak gedik ke apa ke. hahaha. eh. tapi masa dok tengah blogwalking tetiba ada lah satu blog kesihatan ni story pasal baby. yakni bayi. huhuhu. ye lah. since aku jadi babysitter kat rumah yang indah lagi gah ni(padahal rumah aku rumah teres kecik je pon). tapi pada aku tu lah syurga bersam keluarga. hehehe. eh! haaa. sambung balik story. aku ada baca info kat blog  Baby Center ni. banyak jugaklah info pasal bayi kat sini. ye lah. dah nama blog pun baby center kan.

okay. info yang aku baca ni tentang pemakanan bayi mengikut usia. so aku pilih untuk usia 7 hingga 9 bulan sebab anak sedara yang aku jaga tu umur dia 8 bulan.

so, here's the info bout the baby. watch out !
Satu masa antara umur tujuh dan sembilan bulan, bayi anda akan mula melengkapkan dirinya dengan kemahiran yang akan membolehkan dia makan menggunakan tangannya. Pada mulanya dia mungkin akan cuba mengangkat objek mengunakan ibu jari dan jari telunjuk, kemahiran yang dinamakan pegangan sepit, iaitu pincer grasp. 
 Dia juga akan terus memasukkan semua benda ke dalam mulutnya, satu lagi tanda menunujukkan dia sudah bersedia untuk memperluaskan dietnya. Inilah masanya untuk mula menghidangkannya makanan jejari, contohnya potongan kecil karot yang lembut dimasak atau pisang, jejari roti yang tidak bergaram dan mini kuih beras (rice cakes). Tujuannya ialah supaya dia boleh melatih dirinya sendiri. Lain makanan jejari yang boleh difikirkan ialah keju, roti bakar dan ketulan epal tanpa kulit. Jangan berikan biskut manis dan rusk sebab kita tidak mahu bayi anda membina tabiat mahukan snek manis.


Kebanyakan bayi akan mencapai makanan dari pinggan orang lain di sekitar usia tujuh atau lapan bulan. Bayi anda bukanlah biadab, dia cuma cuba meniru cara anda makan. Oleh itu, dia mungkin merampas pinggan mangkuk yang terhidang dan menyukarkan lagi anda memberi dia makan. Cuba berikan dia sudu untuk dipegang dan gunakan sudu yang lain untuk menyuapkannya.


Dia juga akan mula meniru cara anda mengunyah dengan menggerakkan rahangnya dari kiri ke kanan, pada masa ini juga. Dia masih belum mempunyai cukup gigi untuk benar-benar mengunyah, tetapi ini adalah penting untuk dia membiasakan dirinya menelan ketulan makanan yang lebih besar. Namun begitu, sertakan juga makanan lecek dan makanan jejari yang lembut dan juga puri yang lumat.

Makanan untuk diperkenalkan sekarang ialah masakan pasta pelbagai bentuk, roti-roti (bukan yang berbiji atau penuh bijian lagi, sebab sebarang ketulan keras akan menambahkan risiko tercekik), ketulan buah avokado yang masak ranum dan masakan lembut daging, ikan dan ayam. Anda juga boleh memberikan bayi anda masakan lentil dan kekacang lain yang dimasak, dan sayuran berdaun hijau gelap, seperti bayam. 


p/s : ok. for those yang dah ada anak tu. boleh lah try baca info ni. berguna pada Uallz. ni aku copy paste sebab aku tak berani nak tukar ayat. takut nanti tersalah info and fakta pulak nanti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...